|
SEMBELIT
SEMBELIT
Klik
Untuk Versi Bahasa Inggeris
Sembelit
ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus
mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar
dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3
hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya
dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan
ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita.
Untuk
Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Gejala-gejala
Penyebab-penyebab
Pengendalian
Corak Hidup Baru
Gejala-gejala
* Najis
adalah lebih kering dan keras dan adalah lebih susah untuk membuang air besar
v
Meneran semasa membuang air besar
v
Sakit semasa pergerakan usus
v
Kekejangan di bahagian abdomen
Penyebab-penyebab
1. Sembelit Mudah
A.
Stasis rektal, yang mungkin disebabkan oleh
-
Tabiat buruk
-
Sakit pada bahagian dubur
-
Gangguan kesedaran kerana pelalian yang melampau.
B.
Stasis kolon, yang mungkin diakibatkan oleh
-
pengambilan makanan yang kurang (kekurangan residu selulos di dalam diet seharian)
-
perubahan dalam pergerakan usus yang diakibatkan oleh ketidakfungsian endokrin
- contohnya, penggunaan
ubat tertentu seperti zat besi, kodein
2. Sembelit organik
Ini mungkin disebabkan oleh
-
Keadaan penyakit seperti kencing manis, ulser peptik dengan halangan, keadaan kemurungan.
-
Penyakit kolon, rektal atau pelvis.
-
Tekanan ke atas rektum,
contohnya semasa mengandung atau disebabkan oleh tumor di bahagian pelvis.
Runding dengan doktor anda apabila:
v
Sembelit muncul sebagai gejala baru selepas umur 40 tahun.
v
Sembelit menjadi lebih sakit, teruk dan lebih kerap.
v Terdapat
darah di dalam najis - Najis berwarna gelap dan kelihatan seperti tar.
v
Terdapat perubahan di dalam pergerakan usus. Sembelit berselang-seli dengan cirit- birit.
v
Sembelit tidak beransur pulih dengan suai-perubatan.
Penanganan
Doktor haruslah dirunding untuk mengenalpasti penyebab sembelit yang kronik
v
Sembelit transit perlahan
- (disebabkan oleh pengambilan diet beresidu rendah), boleh dirawat dengan mengubah
kepada diet yang tinggi dalam serat, dengan melebihkan pengambilan cecair dan
senaman yang kerap. Makanan yang tinggi dalam serat ialah bran, buah-buahan
kering, kekacang dan pasta. Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi selulos
tak-terserap dan pektin yang juga berguna di dalam perawatan sembelit.
v
Sediaan famakologi iaitu
agen penghasil-pukal seperti metil selulos dan sekam isphagula yang berguna
bila diet sendirian tidak dapat melegakan gejala sembelit.
v
Laksatif osmotik, contohnya
magnesium sulfat atau magnesium hiroksida adalah juga berguna.
v
Laksatif perangsang - meningkatkan
pergerakan usus, contohnya, senna
v
Pelembut najis, contohnya
cecair parafin, merupakan langah jangka pendek untuk membantu melembutkan najis
dalam penyakit dubur.
v
Agen prokinetik, contonya
cisapride, yang memendekkan waktu peredaran usus.
Corak Hidup Baru
Pemakanan
- lebihkan serat dalam pemakanan harian anda.
- Minum
6-8 gelas cecair dalam sehari, contohnya jus, air, teh, kopi
Senam
- mula program penyenaman yang baru atau sambung semula sukan yang anda telah
minati dahulu.
Tabiat
- Buang air besar selalu dan jangan tak perendahkan dorongan untuk membuang air besar
-
Kawal tekanan dan belajar untuk beristirehat.
-
Jangan memberi tekanan yang terlalu banyak pada latihan tandas kanak-kanak.
-
Jangan suai-ubat dengan terlalu banyak antasid.
Sembelit
tidak harus ditakperendahkan dan harus dirawat pada peringkat awal apabila penyebab
masalahnya diketahui selepas dibincang dengan doktor anda.
|