|
SAKIT KEPALA
SAKIT
KEPALA
Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris
Sakit kepala
adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting
untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya
sakit dapat dikurangkan.
Untuk Informasi
Lanjut, Sila Klik Sini.....
Jenis-jenis Sakit Kepala
Faktor-faktor Pencetus
Pengendalian
Tabiat Baru
Jenis-jenis
Sakit Kepala
1. Sakit Kepala Yang
Tegang
Ia merupakan
bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan
dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan
otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan
di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita
di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit
kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di
leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.
2. Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang
tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
v
Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan,
mual dan muntah, yang didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti
pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.
v
Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
v Bentuk migran lain yang lebih jarang
Migrain
biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan
pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada
sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.
3. Sakit Kepala Berkelompok
Ia mengakibatkan
sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan
terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala
seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus
mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.
4. Sakit Kpala Disebabkan
Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah
Ini adalah
disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan,
gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.
5. Penigkatan Tekanan Pada
Otak
Tekanan
di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan
selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.
6. Keradangan Pada Selaput
Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.
7. Sakit Kepala Selepas
Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini
mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.
8. Penyakit Pada Tengkorak
Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit
seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.
9. Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit
telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.
10. Penyakit-penyakit Mata
Dan Orbit
Tumor
orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.
11. Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan
dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas
memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.
Faktor-faktor
Pencetus
v
Stres
v
Corak tidur yang berubah
v
Alkohol
v
Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v
Cahaya yang terang
v
Kelaparan
v Makanan-makanan
tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet
makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan
pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat
tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan
hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran
yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap
Pengendalian
Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
v
Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
v
Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan
penyumbatan hidung (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
v
Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.
Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika
v
sakit kepala tidak dilegai
oleh penjagaan kendiri yang mudah.
v
Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah
penglihatan dan perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.
v
Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.
Tabiat
Baru
v
Belajar untuk beristirehat
v
Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.
v
Senam selalu dan jadilah bertenaga.
v
Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
v
Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
v
Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
v
Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
v
Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
v
Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
Perubahan
dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.
|