Kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak
mempunyai sayap. Kutu kepala hidup pada rambut manusia. Panjang kutu kepala
adalah kira-kira 2-4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian
belakang. Kutu kepala menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur
mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini menyebabkan rasa gatal.
Kutu kepala betina menghasilkan kira-kira 6
biji telur setiap hari. Telur ini yang dipanggil ‘nit’, adalah terlekat dengan
kuat pada pangkal rambut. Telur ini menetas dalam masa satu minggu, dan menghasilkan
lebih banyak kutu. Kutu kepala tidak hanya memilih persekitaran yang kotor sahaja.
Mereka hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor. Masalah kutu
kepala adalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah.
Kutu kepala menyerang pada kulit kepala. Parasit-parasit
ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina menghasilkan telur
yang melekat kepada bahagian bawah lembaran rambut. Telur kutu ini akan menetas
dalam masa 8 -10 hari dan menjadi matang dalam masa 2 minggu dan seluruh kitar
hidup akan bermula lagi. Kutu kepala dapat disebarkan daripada seseorang kepada
orang lain sama ada dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian atau cadar dan
berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian aksesori rambut seperti
sikat, berus, tuala dan sebagainya.
Simptom v Rasa yang sangat
gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher. v Sentiasa menggaru
sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang
telinga.
v Bintik-bintik putih
pada rambut (iaitu telur kutu) yang melekat kepada rambut. v Nodus limfa yang
bengkak di sebalik telinga dalam keadaan yang teruk. v Dalam kes-kes yang
teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan
kulit yang pecah akibat digaru dengan kuat.
Apa yang anda boleh buat
v Gunakan syampu
berubat atau losen kutu kepala (Tanya doctor atau ahli farmasi mengenai
losen yang sesuai) untuk membunuh kutu. Keringkan rambut anda dengan sempurna,
kemudian
buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus
(sikat kutu). Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu
yang baru menetas dibunuh. Ini kerana syampu ini tidak membunuh telur kutu. Contoh
losen yang boleh digunakan untuk merawat kutu kepala adalah seperti losen yang
mengandungi lindane (gamma benzin heksaklorida) dan permethrin. Bagi kanak-kanak,
lindane harus digunakan seperti yang diarahkan. Penggunaan yang berlebihan akan
menyebabkan kesan mudarat yang teruk. Secara umumnya, bagi rawatan yang lengkap,
sapukan produk tersebut (50 ml losen atau 50-100 ml pembilas krim) pada kulit
kepala lebih kurang 2 kali dengan selang masa 7 hari di antara kedua-duanya. Kulit
kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan di situ selama sekurang-kurangnya
12 jam. v Buangkan telur kutu – Celupkan sikat bergigi halus ke dalam
cuka suam sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti
gam yang melekatkan telur kutu kepada rambut.
v Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu. Elakkan
daripada menggunakan losen kutu pada bayi di bawah usia 1 tahun dan wanita
hamil. Dalam kes-kes ini, pembuangankutu secara manual harus dilakukan secara
perlahan-lahan.
v Topi harus dicuci-keringkan.
v Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang telah
dijangkiti dengan kutu kepala harus direndam dalam
losyen kutu atau alkohol selama
beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya.
v Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas
dan dikeringkan di bawah
cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering.
v Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang
dibalut dengan kain.
v Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah
dengan doctor untuk rawatan.
v Gunakan semua ubat
kutu seperti yang diarahkan.
Pencegahan
v Elakkan
daripada berkongsi berus, sikat dan aksesori rambut dan sebagainya. v Elakkan daripada
berkongsi tuala. v Jangan menghantar
kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka telah
dirawat dengan sempurna.