|
KEGEMUKAN
KEGEMUKAN
(Berat Badan Yang Melampau
Bagi Umur Seseorang)

Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris
Seseorang yang mempunyai berat badan 10% melebihi dari berat piawai dianggap gemuk. Orang
yang gemuk adalah lebih cenderung mendapat komplikasi kesihatan berbanding populasi
normal. Jika berat badan anda melebihi 10% berat piawai, risiko untuk menemui
maut lebih awal meningkat sebanyak 9% bagi wanita dan 13% untuk lelaki.
Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Punca-punca
Risiko-risiko
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Ujian Cubitan
Perkara-perkara Yang Perlu Dielak
Tabiat-tabiat Baru
Penukarganti Kalori Rendah
Nikmati
Punca-punca
v
Memakan berlebihan
v
Memakan jenis makanan yang kurang sesuai.e. makanan yang tinggi dalam karbohidrat
v
Kekurangan aktiviti dan senaman
v
Faktor-faktor genetik
v
Gaya hidup
v
Faktor-faktor hormonal.
Risiko-risiko
Masalah kesihatan yang bertambah dengan kegemukan
v
Penyakit-penyakit jantung
v
Darah Tinggi
v
Gout
v
Masalah pundi hempedu
v
Kencing manis
v
Osteoatritis pada pinggang, lutut dan tulang belakang
v
Lebih cenderung mendapat kemalangan
v
Pembengkakkan salur darah pada kaki
v
Kemurungan
v
Kesusahan semasa kehamilan
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v
Peningkatan berat badan
v
Kesusahan bernafas
v
Kepenatan
v
Sakit dan pembengkakkan pada sendi-sendi
Ujian
Cubitan
Cubit
perut di antara pusat dan tulang pinggul. Ukur "cubitan" itu. Lapik
kulit yang melebihi 25mm (1 inci) menunjukkan berat yang berlebihan.
Perkara-perkara
Yang Perlu Dielak
v
Gula - Jangan makan kek-kek, biskut-biskut, jem, makanan-makanan
pencuci mulut dan jangan minum minuman ringan.
v
Makanan bergoreng - lebih baik dipanggang.
v
Lemak - Gunakan minyak, mentega dan marjerin yang sedikit. Jangan
makan kulit ayam dan lemak pada daging.
v
Diet sementara yang ganjil-ganjil.
v
Makanan-makanan yang berlebihan - “Lebih baik membuang dari menambah
kegemukan”
Tabiat-tabiat Baru
v
Pilih tempat untuk memakan di tempat kerja dan tempat tinggal.
Makan hanya di tempat tersebut setiap masa.
v
Makan sambil duduk.
v
Jangan makan sambil menonton televisyen.
v
Makanan-makanan segar yang pelbagai, seperti sayur-sayuran dan
buah-buahan yang memberikan vitamin-vitamin dan garam-garam galian.
v
Senam - berjalan di awal pagi, berlari atau berenang membakar
lemak secara berterusan sehingga 16 jam.
v
Rancang diet mingguan anda dan ikutinya.
v
Jangan beli makanan melebihi keperluan.
v
Jangan pergi membeli-belah dan membeli makanan semasa lapar.
v
Apabila anda keluar untuk makan malam atau jamuan, makan sedikit
pada awal sebelumnnya dan sedikit pada hari kemudiannya.
v
Kurangkan minuman beralkohol.
v
Setiap hari, fikirkan sebab mengapa anda harus kurangkan berat badan anda.
Penukarganti
Kalori Rendah
PENUKARGANTI KILOJUL RENDAH
|
KUMPULAN MAKANAN
|
PILIHAN BERTENAGA TINGGI
|
KJ
|
PILIHAN BERTENAGA RENDAH
|
KJ
|
|
SARAPAN PAGI
|
|
Daging dan penukargantinya
|
2 biji telur goreng
|
900
|
2 biji telur rebus
|
650
|
|
Buah dan Sayur
|
1 cawan (250ml) jus oren
|
540
|
Sebji buah oren segar
|
245
|
|
Roti dan Bijirin
|
1 “croissont”
|
420
|
1 keping roti berserat tinggi
yang dibakar
|
230
|
|
Tambahan
|
2 sudu the mentega atau marjerin
poli-tak-tertepu
|
300
|
1 sudu the mentega atau marjerin
poli-tak-tertepu
|
150
|
| |
2 sudu the jem (10 ml)
|
460
|
|
|
| |
Kopi dengan krim berganda dan
gula
|
530
|
Kopi “O”
|
0
|
|
MAKAN TENGAHARI
|
|
Susu dan hasilan tenusu
|
1 cawan (250ml) susu segar
|
670
|
1 cawan susu skim
|
370
|
| |
1 cawan (250ml) sup krim
|
600
|
1 cawan (250ml) sup biasa
|
230
|
|
Daging dan penukargantinya
|
1 sanwic kelab
|
2510
|
Sanwic dengan 1 kepingan ayam
|
1260
|
|
Buah dan Sayur
|
½ cawan (125ml) kolslaw dengan
mayonis
|
370
|
½ cawan (125ml) kolslaw dengan
cuka
|
80
|
|
Tambahan
|
1 keping (120g) pai epal
|
1350
|
I epal bersaiz sederhana
|
360
|
|
MAKAN MALAM
|
|
Susu dan hasilan tenusu
|
1 cawan (250ml) susu segar
|
670
|
1 cawan susu skim
|
370
|
|
Daging dan penukargantinya
|
1 keping ikan digoreng dengan
adunan tepung
|
1630
|
3 oz. (90g) ikan panggang dengan
limau
|
590
|
|
Buah dan Sayur
|
12 cip ubi kentang
½ cawan (125ml) brokoli dengan
sos keju
|
780
250
|
I ubi kentang dibakar
½ cawan (125ml) brokoli dengan
jus limau
|
400
110
|
|
Roti dan Bijirin
|
1 keping roti berserat tinggi
dengan 2 tepukan mentega
|
530
|
1 keping roti berserat tinggi
|
230
|
|
Tambahan
|
½ pai epal
Kopi dengan krim berganda dan
gula
|
1710
530
|
1epal yang kecil
Kopi “O”
|
240
0
|
Nikmati
v
Kesihatan yang lebih baik.
v
Tampak lebih baik.
v
Pergerakan yang lebih mudah.
v
Kemudahan membeli baju.
v
Keyakinan diri yang lebih tinggi.
v
Merasa lebih cergas dan mempunyai tenaga yang lebih tinggi.
|