Gout adalah sejenis penyakit
yang dicirikan dengan kesakitan dan pembengkakan sendi yang berulang, khasnya
berlaku di kalangan kaum lelaki muda atau pertengahan tahun.
Ia biasanya bermula dengan satu sendi pada satu masa dan lazimnya sendi pada tapak
ibu jari kaki. Paras asid urik dalam darah adalah tinggi dalam gout. Hal ini merupakan
akibat daripada ketidakupayaan kimia badan mengendalikan purin, iaitu satu sebatian
nitrogen yang penting untuk tenaga. Purin boleh terbahagi kepada endogenus (disintesis
dalam nukleus sel badan manusia) atau eksogenus (diperolehi dari makanan). Titik
akhir metabolisme purin ialah asid urik yang dihasilkan dalam hati. Kebanyakan
asid urik dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing manakala sebahagian pula
disingkirkan melalui usus. Proses-proses tersebut mengekalkan paras asid urik
dalam lingkungan yang normal. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, badan menghasilkan
terlalu banyak atau menyingkirkan terlalu sedikit asid urik dan seterusnya mengakibatkan
paras asid urik yang tinggi dalam darah. Dalam gout, hablur natrium urate termendak
pada dan di sekeliling sendi serta tisu lembut dan menyebabkan kesakitan serta
keradangan. Hablur-hablur ini juga boleh berkumpul dalam ginjal dan mengakibatkan
batu karang urate malah kerosakan ginjal.
Ini mungkin disebabkan oleh: v
Faktor keturunan tertentu yang mengakibatkan penghasilan purin yang lebih
banyak v
Sesetengah penyakit darah yang melibatkan peningkatan pemecahan sel, sesetengah
penyakit kulit yang teruk dan sebagainya.
Pengurangan penyingkiran asid urik.
Ini mungkin disebabkan oleh: v
Penyakit ginjal yang berterusan. v
Sesetengah ubat yang diambil, misalnya diuretik. v
Pengurangan penyingkiran air dari badan dalam sesetengah penyakit, contohnya
tekanan darah tinggi, kebuluran. Tanda Dan Gejala - Gout Akut
Satu serangan akut bermula
apabila terdapatnya peningkatan paras asid urik secara mendadak dalam darah.
Apabila darah diuji, asid urik dalam darah didapati melebihi 420 milimol setiap
liter (7mg setiap 100ml). Satu serangan akut boleh dicetuskan oleh berbagai-bagai
faktor, misalnya pengambilan purin yang tinggi dalam diet, penggunaan alkohol
yang berlebihan, tekanan, jangkitan, kecederaan sendi dan sesetengah jenis rawatan.
v
Serangan adalah secara mendadak dengan kesakitan, kemerahan dan pembengkakan
yang teruk,
biasanya pada tapak ibu jari kaki. Tapak jangkitan lain yang kerap dipengaruhi
termasuklah sendi kaki, pergelangan kaki, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Jika tidak dirawat, serangan boleh berterusan selama beberapa hari atau minggu
dan berhenti secara spontan. Serangan boleh berlaku semula secara bulanan
atau tahunan. v
Kemungkinan terjadinya loya, perut kembung dan kesakitan abdomen secara samar- samar. v
Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap. v
Demam yang ringan mungkin terjadi.
Tanda Dan Gejala - Gout Kronik
Dalam kes yang kronik, hablur
mononatrium urate termendak pada sendi , di sekeliling sendi, rawan telinga
serta ginjal dan menyebabkan kerosakan yang berkekalan.
v
Pemendakan pada rawan telinga boleh menyebabkan pembengkakan yang keras yang dikenali
sebagai ‘tophi’. v
Pada sendi, kemusnahan rawan dan hakisan tulang boleh menyebabkan kesakitan, kekakuan
serta kecacatan sendi. v
Kerosakan ginjal yang berterusan boleh menyebabkan pembentukan batu karang ginjal
dan kegagalan ginjal.
Rawatan
Ubat Untuk Serangan Akut
v
Ubat anti-inflamatori bukan steroid
Ubat-ubat ini kerap
digunakan untuk merawat serangan akut, misalnya diclofenac, indomethacin dan
ketoprofen. Ubat-ubat ini diberi untuk melegakan pembengkakan dan kesakitan.
(Catatan: Aspirin harus dielakkan kerana ia mengurangkan penyingkiran asid urik dari ginjal).
v
Colchicine
Ubat ini adalah berkesan
untuk rawatan gout akut. Bagi pesakit yang mempunyai gout kronik yang kerap
mengalami serangan, perubahan sendi atau paras asid urik yang tinggi, rawatan
untuk jangka masa yang panjang diperlukan.
v
Corticosteroids
Ubat ini hanya digunakan apabila pesakit tidak dapat bertoleransi dengan
ubat anti-inflamatori bukan steroid. Ubat ini hanya digunakan untuk tempoh yang pendek.
Ubat Untuk Rawatan Jangka Masa Yang Panjang
Ubat-ubat
ini dicadangkan apabila pesakit mempunyai beberapa serangan gout akut atau apabila
hiperurisemia adalah disebabkan oleh defisiensi sesetengah metabolik semulajadi.
v
Ubat uricosuric, contohnya probenecid dan sulphinpyrazone
Ubat-ubat ini meningkatkan
penyingkiran asid urik dalam air kencing dengan menghalang penyerapan semula
asid urik dalam ginjal.
v
Penyekat xanthine-oksidase, contohnya allopurinol-penyekat enzim
Allopurinol ialah ubat
pilihan bagi pesakit tua dan pesakit yang mempunyai sejarah gangguan ginjal
dan gout tophaceous. Ia menhalang pembentukan asid urik.
Kedua-dua ubat tersebut tidak
harus dimulakan ketika serangan akut tetapi beberapa minggu selepas serangan
akut. Setelah dimulakan, ia harus diteruskan untuk mencegah serangan yang seterusnya.
Amalan Yang Baik
v
Kurangkan pengambilan protein dalam diet, misalnya kekacang, bijiran dan daging
merah. v
Makan makanan yang kurang mengandungi purin, misalnya daging organ (hati, ginjal,
otak, jantung, pankreas), ekstrak daging, angsa, itik, ayam belanda, telur ikan,
sardin dan ikan hering. v
Kurang minum bir, teh dan kopi. v
Hadkan pengambilan lemak, khasnya golongan yang obes. v
Minum air yang banyak (8 gelas sehari) untuk membersihkan ginjal. v
Jangan mengamalkan diet pengurangan berat badan secara mendadak. Kekalkan berat
badan yang sihat.
Faktor Risiko Bagi Gout
v
Kaum lelaki- kaum lelaki merangkumi lebih daripada 90% pesakit gout. v
Sejarah keluarga- 10-20% pesakit mempunyai sejarah keluarga gout. v
ObesitI (kegemukan) v
Hipertensi (tekanan darah tinggi) v
Penggunaan alkohol v
Prevalen adalah lebih tinggi dalam komuniti bandar berbanding dengan luar bandar.