Hay-fever adalah
nama umum bagi demam alergi. Penyedutan debunga sesetengah rumput-rampai dan
pokok yang wujud dalam musim tertentu biasanya mencetuskan keadaan ini. Namun
begitu, terdapat juga rinitis alergi yang terjadi sepanjang tahun, tanpa mengira
musim, jenis rinitis alergi ini adalah disebabkan oleh kutu rumah atau haiwan.
Apabila debunga atau bahan pencetus alergi menyentuhi
lapisan mukosa pada hidung, mukosa menjadi bengkak serta radang dan dengan ini
penghasilan rembesan bertambah. Biasanya dalam hayfever bermusim, keadaan
akan lenyap dalam tempoh dua atau tiga minggu kecuali terdapatnya jangkitan
sekunder. Walau bagaimanapun, rinitis alergi yang berlaku sepanjang tahun yang
disebabkan oleh kehadiran antigen, iaitu kutu haiwan atau rumah, boleh berulang
dan menyebabkan komplikasi seperti ketumbuhan dalam hidung serta sinusitis.
Untuk Informasi
Lanjut, Sila Klik Sini.....
Gejala-Gejala
Pengurusan Kendiri
Amalan Baru
Gejala-gejala
Gejala yang umum termasuklah:
v Rembesan hidung yang
cair dan jernih
v Hidung
tersumbat yang mengakibatkan kesusahan pernafasan
v Bersin
v Mata
yang merah dan berair
v Perasaan
gatal pada hidung dan mata
v Adalah penting untuk berjumpa
dengan doktor jika terdapat
v demam
v kesakitan
pada telinga
v pembengkakan
kelenjar pada leher
v rembesan
hidung dan mata yang berwarna kekuning-kuningan
v tanda
alergi yang berterusan lebih daripada musim berkenaan kerana doktor boleh
membantu anda untuk mengenalpasti bahan pencetus alergi
Pengurusan Kendiri
v Meminimumkan pendedahan,
khasnya rinitis alergi bermusim, ketika jumlah debunga yang
terapung-apung dalam udara adalah maksimum
v Jika
boleh, berada dalam keadaan yang berhawa dingin
v Bagi
mata yang gatal dan merah, gunakan ubat titis mata dekongestan/antihistamin
v Bagi
hidung berhingus, gunakan ubat titis hidung dekongestan untuk sehari
dan minta ubat
dekongestan daripada ahli farmasi
v Pakai
cermin mata gelap pada hari yang cerah
v Senaman
boleh membantu melegakan hidung, misalnya berenang di kolam renang dalam
bangunan atau bersenam di gimnasium yang berhawa dingin
v Mempunyai
tidur yang mencukupi kerana gejala boleh bertambah teruk jika anda letih
v Baca
dan ikut arahan pengambilan ubat
Amalan Baru
v Elakkan tempat
yang berhabuk
v Tutup
hidung anda sebelum melakukan kerja pembersihan. Gunakan pembersih vakum dan bukannya
penyapu untuk membersihkan debu
v Berunding
dengan doktor atau ahli farmasi mengenai jenis ubat/semburan yang boleh anda guna
untuk mencegah serangan atau mengurangkan tanda biasa. Contohnya gunakan
ubat semburan disodium cramoglycate sebelum ketibaan musim.
v Baca
ramuan ubat dengan tiliti. Buangkan ubat yang lama.
v Jika
boleh, elakkan bahan pencetus alergi, misalnya elakkan mempunyai binatang
peliharaan dalam rumah
v Elakkan
perkhemahan atau aktiviti di luar bangunan ketika musim hayfever
v Elakkan
merokok dan keadaan yang berasap
Jika anda ragu-ragu atau jika gejala berkekalan,
berunding dengan doktor.