Common Cold
SELSEMA

Klik
Untuk Versi Bahasa Inggeris
Selsema
merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur
hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus
selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak
akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya,
kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan
apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila
seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung.
Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat
selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa,
mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.
Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Gejala-gejala
Komplikasi-komplikasi
Ingat untuk
berunding dengan doktor jika
Penjagaan
kendiri
Elakkan
Tabiat-tabiat
yang baik
Pencegahan
Gejala-gejala
v Kerongkong
yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
v Pengeluaran
lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
v Bersin.
v Hidung
tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
v Sakit
kepala.
v Adakalanya,
demam yang ringan.
v Sakit
badan.
v Mata
berair.
Komplikasi-komplikasi
Tiada
komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi,
selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder
berlaku :-
v Bronkitis
– jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
v Laringitis
– keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
v Otitis
Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
kanak-kanak.
v Sinusitis
– Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
v Pneumonia
– jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
v Jangkitan
bakteria sekunder.
v Penyakit-penyakit
pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya
lelah.
Mereka-mereka
dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk
mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih
berisiko adalah : -
Mereka-mereka yang kurang khasiat
makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.
Ingat untuk berunding dengan
doktor jika
v Selsema
yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
atau demam ringan yang berpanjangan.
v Berlakunya
sakit dada.
v Terdapat
kesusahan bernafas.
v Terdapat
kahak berwarna kuning.
Penjagaan kendiri
Tidak
terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan
apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.
Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah :-
v Berehat
v Rawatan
simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan
demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli
di kaunter,
selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
v Minum
banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
v Inhalasi
(sedutan).
Elakkan
v Merokok.
v Membatuk
atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
v Memaksa
hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
v Memandu
semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
v Ubat-ubatan
yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.
Tabiat-tabiat yang baik
v Berpakaian
secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan
dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
v Tidur
secukupnya.
v Tutup
hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
v Basuh
tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan
makanan.
v Hembus
hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
v Apabila
melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan
dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
v Baca
arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.
Pencegahan
v Amalkan
gaya hidup yang sihat.
v Makan
makanan yang seimbang.
v Senam
selalu.
|