|
RUAM LAMPIN
RUAM
LAMPIN

Klik
Untuk Versi Bahasa Inggeris
Ini adalah
keadaan di mana kulit bayi, terutamanya pada bahagian punggung, kemaluan, selangkang
dan bahagian dalam peha, menjadi merah dan mengalami keradangan. Kulit bayi
adalah sangat sensitif dan jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh beransur
menjadi luka merah dan boleh mendapat jangkitan.
Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Gejala-gejala
Komplikasi
Punca-punca
Penjagaan Kendiri
Rutin Penukaran Lampin
Gejala-gejala
v
Tompokan kasar dan merah pada bahagian punggung, kemaluan, selangkang dan peha.
v
Lepuhan v Luka kemerahan
Komplikasi
v Jangkitan bakteria dan
kulat pada ruam.
v Jangkitan salur kencing.
v Ruam alahan kulit (Ekzema)
Punca-punca
Iritasi kulit disebabkan oleh
v Sentuhan berpanjangan
dengan lampin yang basah dan najis.
v Sabun yang tidak dibasuh
keluar sepenuhnya selepas mandi.
v Perubahan dalam pemakanan
bayi yangmenyebabkan kencing dan najis lebih mengiritasi
kulit.
v Alahan atau iritan sentuhan
pada ruangan dalaman lampin.
Penjagaan
kendiri
v Tukar lampin bayi dengan
lebih kerap.
v Sapukan krim penghadang
pada bahagian yang cenderung setiap kali lampin ditukar.
v Biarkan bahagian sulit
terdedah selama yang mungkin.
v Gunakan lampin berkualiti
baik yang memastikan punggung bayi senantiasa kering.
v Runding dengan doktor
jika ruam menjadi lebih teruk atau tidak sembuh.
v Sapukan krim penghadang
sebanyak yang mungkin.
v Jangan guna lampin selama
yang mungkin.
v Jangan gunakan seluar
plastik.
Rutin
penukaran lampin
v Cuci punggung bayi dengan
bebola kapas. Guna sabun yang tidak berminyak wangi.
v Tepuk kering dan biarkan
terdedah sehingga kering.
v Guna krim penghadang ataupun
krim perlindungan.
v Bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi
yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta.
v Jemur lampin sepenuhnya
di bawah sinaran matahari.
v Ambil langkah-langkah
untuk mencegah berlakunya ruam lampin dari merawatnya.
|