|
PENYAKIT SENDI (ARTRITIS)
PENYAKIT
SENDI

Klik
Untuk Versi Bahasa Inggeris
Artiritis
adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan
tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis
reumatoid dan osteoarthritis.
Untuk Informasi
Lanjut, Sila Klik Sini.....
Osteoarthritis
- Tanda-tanda
dan Gejala-gejala
Arthritis Reumatoid
- Tanda-tanda
dan Gejala-gejala
Penting
Penjagaan Kendiri
Gaya Hidup
Elak
Cara hidup dengan Arthritis
Osteoarthritis
Osteoartritis
ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi.
Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan
sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka
yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang,
lutut dan tulang belakang.
Tanda-tanda
dan Gejala-gejala
v
Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut,
tulang
belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung
jari.
v
Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
v Pergerakan
yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan
rawan.
Arthritis
Reumatoid
Penyakit
ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan
tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut
dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Pembengkakkan
pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
v Kekakuan
pada awal pagi.
v Sakit
yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
v Ketidakupayaan
untuk menggerakkan sendi secara normal
v Kemerahan
dan rasa panas yang ketara pada sendi.
v Kelemahan
dan kepenatan.
v Demam
bergred rendah.
v Perasaan
mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
v Kekakuan
otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.
Penting
Perawatan
artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk
berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan
dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan
Penjagaan
Kendiri
Jika
dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang
berikut harus dilakukan
v
Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
v Jadikan
badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk
meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis
anda.
v
Selang selikan rehat.
v
Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan
merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding
dengan doktor atau fisioterapis anda.
v
Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan
boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.
Gaya
Hidup
v Senaman
dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan
atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar
berehat
v Elakkan
dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan
sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu,
gunakan seluruh lengan anda dan
  bukannya menggunakan tangan sahaja.
v Sebarkan
berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk
mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
v Makan
makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
v Atur
aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan
usaha yang minima.
v Sertai
kumpulan sokongan artritis.
v Fikir
secara positif dan ceria selalu.
Elak
v
Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
v
Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
v
Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
v
Memakai kasut yang tidak berpadanan.
v
Membiarkan sakit mengganggu moral anda.
Cara
hidup dengan Arthritis
v
Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan
sendi-sendi.
v
Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
v Nikmati kehidupan
dan kenali penyakit dengan lebih lanjut
|