PENAHAN SAKIT
PENAHAN SAKIT
(Analgesik)

Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris
Sakit merupakan
cara alam memberitahu kita bahawa sesuatu adalah silap supaya kita dapat mengundur
atau mengelak daripada punca sakit. Ubat penahan sakit adalah ubat yang menurun
atau memberhentikan sensasi sakit, tetapi ia tidak menghentikan punca sakit.
Impuls sakit diterima oleh penghujung saraf dan dihantar ke otak di mana ia
ditafsirkan sebagai "sakit". Pada tapak kecederaan, bahan kimia seperti
prostaglandin dibebaskan dan ini menyebabkan kemerahan dan pembengkakkan.
Untuk
Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Cara Tindak Ubat
Punca-punca
Ubat-ubatan
Aspirin
Kodein
Parasetamol
NSAIDS
Rawatan Kombinasi
Elakkan Dari
Tabiat Baru
Cara Tindak Ubat
Ubat mengurangkan sakit menerusi pelbagai cara
v
Tindakan pada tapak kecederaan, pada serat sakit, untuk menghentikan
utusan sakit dari dihantar ke otak, contohnya aspirin dan paracetamol
v Tindakan di otak untuk menghalang pengenalpastian ustusan sakit
, contohnya kodein.
v Tindakan untuk menghentikan pembentukkan prostaglandin dan mengurangkan
keradangan, contohnya ubat anti-keradangan seperti ibuprofen, naproxen.
Punca-Punca
v Faktor-faktor fizikal -contohnya cedera, jatuh, lecur atau penyakit
v Faktor-faktor emosi - pada masa kini, stres merupakan faktor penting.
Ubat-ubatan
Bergantung
kepada jenis kecedaraan yang menyebabkan sakit, ubat-ubat yang berlainan boleh digunakan.
Aspirin
v
Biasanya digunakan untuk melegakan rasa sakit yang minor, contohnya sakit pada sendi- sendi dan sakit kepala.
v
Mengurangkan keradangan dan suhu tinggi badan.
v
Mengurangkan keradangan pada bahagian yang tergeliat
v
Mengurangkan senggugut.
v
Mencairkan darah - Aspirin pada dos rendah boleh mengelakkan
pembekuan darah.
v
Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.
Kodein
v
Digunakan secara sendirian atau dikombinasi dengan aspirin.
v
Digunakan dalam campuran ubat batuk untuk menghentikan batuk.
v
Boleh menyebabkan mengantuk.
v
Jika diambil lebih kerap, boleh menyebabkan sembelit.
Parasetamol
v
Mengurangkan demam.
v
Melegakan rasa sakit yang minor.
v
Pada dos yang disyorkan, ia adalah sesuai untuk kanak-kanak.
NSAIDS
Ini dalah
ubat yang dipanggil "Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs" - Ubat
Anti-Keradangan Bukan Steroid. Ia harus diambil dengan penyeliaan yang betul
dan nasihat doktor kerana terdapat kesan samping seperti penerukan gastritis
dan pendarahan ulser. Ia adalah ubat yang kuat yang mempunyai kesan anti-keradangan
dan kelegaan pada rasa sakit. Ubat ini juga memberikan kelegaan yang signifikan untuk sakit semasa haid.
Rawatan Kombinasi
Ubat penahan
sakit kadang kala digunakan dengan kombinasi ubat-ubatan yang lain bagi merawat
keadaan- keadaan yang berkaitan. Misalannya, ia digunakan dengan kombinasi rawatan
batuk dan selsema untuk melegakan rasa sakit yang dikaitkan dengan batuk dan selsema.
Elakkan Dari
v
Mengambil ubat penahan sakit melebihi 2 atau 3 hari secara berterusan
tanpa berjumpa dengan seorang doktor.
v
Keadaan yang boleh menyebabkan atau menerukkan rasa sakit ataupun stress.
v
Mengambil ubat penahan sakit sahaja sehingga rehat diabaikan,
dan meneruskan kerja atau terus bermain selepas kecederaan semasa bersukan.
v
Terlalu bergantung kepada ubat penahan sakit. Adalah perlu untuk
mengenalpasti dan merawat punca berlakunya sakit.
v
Mengambil lebih dari sejenis ubat penahan sakit pada satu masa,
kecuali dengan arahan yang disyorkan atau yang dipreskripsi oleh professional
kesihatan. Misalannya pengambilan aspirin dan parasetamol
v
Membeli dan menyimpan bilangan ubat penahan sakit yang banyak,
kerana ia boleh rosak. Ubat haruslah dibuang walaupun jika terdapat hanya sedikit
bau cuka atau warnanya menjadi pudar.
Tabiat Baru
v
Periksa senarai kandungan semua ubat yang dibeli supaya anda
tidak mengambil ubat yang sama dalam persediaan yang berlainan. Tanya pegawai
farmasi anda jika anda ada sebarang kemusykilan.
v
Semua ubat haruslah disimpan menjauhi kanak-kanak.
|