Infant colic
MULAS
PERUT BAYI

Klik
Untuk Versi Bahasa Inggeris
Keadaan
ini pada bayi adalah lebih dikenali sebagai mulas perut (kolik) 3 bulan. Keadaan
ini pada umumnya berlaku selepas minggu ketiga kelahiran dan hilang selepas
bulan yang ketiga. Bayi akan menangis tanpa berhenti , biasanya pada waktu petang,
selama satu hinga tiga jam.
Untuk
Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Punca-punca
Apa yang boleh dilakukan oleh anda
Penting
Apa yang boleh dilakukan oleh doktor
Tabiat-tabiat untuk Ibu
Punca-punca
Punca sebenar adalah tidak diketahui. Ia dianggap disebabkan oleh :-
v
Kekejangan usus disebabkan oleh angin yang terperangkap.
v
Ibu atau bayi yang gelisah.
v
Ketidakhadaman.
v
Alahan kepada makanan.
v
Ketidaktoleransian laktosa.
Apa yang boleh dilakukan
oleh anda
v
Pikul dan peluk bayi
v
Alihkan perhatrian bayi, dengan menukar lampin atau memandikan bayi.
v Telangkupkan
bayi supaya bayi tidur dengan perutnya dibawah dan gosok belakangnya
dengan lembut.
v Berikan
haba pada bahagian perut menggunakan tuala yang suam.
v Semasa
pemberian susu dengan botol susu, pastikan bayi tidak menyedut udara.
v Sedawakan
bayi selepas menyusu.
v Tenangkan
bayi dengan memainkan muzik.
Penting
Runding dengan doktor anda jika-jika mana-mana yang berikut hadir : -
v
Terdapat darah dalam najis bayi.
v
Darah atau hempedu berwarna hijau hadir dalam muntah bayi.
v
Kehilangan selera makan.
v
Bayi asyik bangun dari tidur dan menjerit akibat kesakitan.
v
Kemuntahan, cirit-birit atau sembelit yang semakin meneruk.
v
Demam.
Apa yang boleh dilakukan oleh doktor
Doktor boleh mengesahkan samada tangisan adalah disebabkan oleh mulas perut ataupun
disebabkan sesuatu yang lebih serius. Beliau boleh mempreskripsi ubat untuk
mengurangkan mulas perut. Di antara ubat yang digunakan ialah : -
v
Simetikon, yang membantu memecahkan buih-buih udara di dalam perut, supaya ia
adalah
lebih kecil dan kurang menyakitkan.
v
“Gripe water” - membantu bayi sedawa.
Doktor juga mungkin memberikan nasihat-nasihat yang lain bergantung kepada setiap keadaan.
Tabiat-tabiat untuk Ibu
v
Bersedia untuk episod mulas perut pada waktu petang dengan tidur untuk sebentar
pada waktu tengahari.
v
Bersabar – Bayi-bayi biasanya akan melalui fasa ini dalam 3 bulan.
v
Minta bantuan saudara-mara atau kawan-kawan semasa saat-saat yang menyusahkan.
v
Masa sewaktu pemberian susu bayi haruslah senyap dan tenang.
v
Kongsi penjagaan bayi dengan ayahnya.
v
Jangan merokok.
v
Jangan memenatkan diri sendiri, minta bantuan.
Nikmati
Tahun-Tahun Pembesaran Bayi.
|