Lelah
merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus
kepada rangsangan tertentu. Disebabkan oleh ini, terdapat penyempitan pada
salur udara dan, lapisan pada salur udara juga mengalami keradangan dan terdapat
peningkatan di dalam penghasilan lendir. Biasanya, penyakit ini bermula pada
zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali,
pada 30% kes-kes, terdapat sejarah lelah pada keluarga pesakit.
v
Habuk di rumah dan hama. v
Bulu haiwan peliharaan berdarah panas seperti anjing dan kucing. v
Jangkitan pada salur pernafasan atas. v
Senaman. v
Angin yang sejuk. v
Menghidu produk berminyak wangi. v
Ketawa. v
Bahan iritan (yang merangsangkan) seperti asap, cat atau gas-gas kimia. v
Ubat-ubatan, misalannya ubat untuk tekanan darah tinggi seperti penghalang beta, aspirin dll. v
Punca-punca industri seperti habuk kapas di industri-industri tekstil, tepung atau biji-bijian
di industri pembakaran roti, habuk papan pada pertukangan kayu. v
Penambah (additives) makanan tertentu. v
Tekanan emosi atau teruja.
Tanda-tanda
dan Gejala-gejala
Lelah adalah
berepisod. Di antara serangan-serangan, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin
tidak terdapat gejala-gejala langsung. Sebelum serangan-serangan tersebut,
kadang-kadang pesakit mengalami bersin, perasaan ingin kentut atau gelisah dan
mudah tersinggung. Gejala-gejala biasanya adalah lebih tenat pada awal pagi.
Seorang pesakit mungkin mengalami lebih dari satu gejala seperti
v
Batuk. v
Pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas. v
Perasaan ketat pada dada. v
Kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar. v
Nafas yang pendek. Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke dalam semasa bernafas. v
Semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos (pewarnaan
biru dan pucat serta nadi menjadi deras)
Komplikasi
Kegagalan
pernafasan akut yang boleh menyebabkan maut.
Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Anda
v
Seorang doktor haruslah dirunding apabila nafas anda menjadi termengah-mengah
pada pertama kalinya. v
Gunakan suatu alat yang bernama meter aliran puncak (Peak Flow Meter) untuk mengukur
angin yang keluar dari paru-paru. Runding dengan doktor atau pegawai farmasi
anda mengenai penggunaan meter aliran puncak. v
Ambil ubat seperti yang dipreskripsi oleh doktor anda. Tanya mengenai nama ubat yang
dipreskripsi pada doktor atau pegawai farmasi anda. Pastikan anda mengetahui
ubat manakah yang memberi “kelegaan” dan yang mana satukah yang “mencegah”.
Ubat-ubat “melegakan”
adalah ubat-ubatan yang bertindak serta merta untuk membantu anda bernafas dengan
mudah apabila serangan bermula. Jika anda harus menggunakan ubat-ubat “pencegah”
dengan lebih kerap, ini bermaksud lelah anda tidak dikawal dengan sebaiknya.
Contoh-contoh ubat tersebut adalah salbutamol dan terbutalin.
Ubat-ubat “pencegah”
adalah ubat-ubatan yang mengelakkan anda dari mendapat serangan. Ia biasanya
dipakai atau diambil setiap hari, misalannya steroid. Apabila terdapat serangan
lelah, ubat “melegakan” haruslah diambil dahulu kerana “pencegah” tidak akan
menghentikan serangan tersebut. Contoh-contoh “pencegah” adalah budesonid dan
beklometason.
Apakah Yang Akan Dilakukan Oleh Doktor
La bergantung kepada keadaan dan tahap serangan.
Perkara-perkara yang mungkin dilakukan oleh seorang doktor: -
v
Memberi pengembang bronkus – samada melalui laluan mulut (oral) atau menggunakan nebulizer. v
Memberikan perubatan oral atau memberikan ubat secara intravena, misalannya steroid,
dalam serangan-serangan yang tenat. v
Memberikan perubatan dalam bentuk inhalasi (penyedutan) kerana ia bertindak cepat dan
menghasilkan kesan-kesan samping yang sedikit serta sukatan ubat (dos) yang rendah boleh digunakan. v
Memberi oksigen. v
Memberi antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan sekunder yang mungkin hadir bersama. v
Mengajar pesakit mengenai apa yang harus dilakukan untuk menghalang serangan dan juga
memberi nasihat mengenai ubat yang harus diambil semasa serangan. v
Menunjukkan cara penggunaan meter aliran puncak untuk memantau keterukan lelah. v
Memberitahu mengenai apa yang harus dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya serangan. v
Merujuk kepada hospital untuk pengurusan lanjutan, jika perlu.
Tabiat-tabiat
Baru
v
Belajar untuk beristirehat. v
Cergaskan diri anda. Senam untuk meningkatkan muatan paru-paru anda. v
Pakai rantai tangan pengenalpasti lelah. v
Simpan bekalan ubat-ubat lelah yang secukupnya. v
Elakkan merokok. v
Elak persekitaran yang berhabuk dan tercemar. v
Elak faktor-faktor pencetus yang dikenalpasti. v
Simpan nombor telefon doktor anda dan hospital tedekat pada tempat yang mudah dicapai. v
Jangan memberhenti atau memulakan perubatan tanpa berunding dengan doktor anda. v
Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda jika anda mempunyai sebarang kemusykilan
tentang ubat-ubatan yang diambil atau mengenai penggunaan penyedut (inhaler) yang betul.
Dengan
pengurusan yang betul, seseorang pesakit lelah dapat menjalani kehidupan yang normal.