Insomnia
KESUSAHAN
UNTUK TIDUR

Klik
Untuk Versi Bahasa Inggeris
Insomnia
merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan
tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung
kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih
lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah
sekitar 4-5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.
Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Gejala-gejala
Punca-Punca
Apa yang boleh dilakukan oleh anda
Apa yang boleh dilakukan oleh doktor
Gejala-gejala
v Kesukaran
untuk tidur.
v Tidur
yang putus-putus atau resah.
v Kerap
bangun dari tidur pada waktu malam.
v Bangun
pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
v Menjadi
letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.
Punca-punca
v Tekanan
dan kerisauan
v Ketidakselesaan
persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising
dan kotor, sejuk atau panas.
v Persekitaran
baru – e.g. Berpindah ke rumah baru.
v Nokturia
(kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh
penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi
kencing.
v Sakit
pada penyakit-penyakit tertentu.
v Dicetus
oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang
pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.
v Pemberhentian
pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.
Apa yang boleh dilakukan
oleh anda
v Menjadikan
persekitaran tidur lebih selesa.
v Mengadakan
masa yang tertentu untuk tidur.
v Elakkan
terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
v Elakkan
tidur yang sebentar pada sianghari.
v Elakkan
minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur. Di
sebaliknya, ambil minuman bersusu.
v Senam
selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum
masuk tidur.
v Jika
anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik
yang
lain sehingga anda terasa mengantuk.
v Baca
sebuah buku yang membosankan.
v Dengar
muzik yang lembut.
v Runding
dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau
mengganggu aktiviti harian anda.
v Ambil
ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang
doktor.
Apa yang boleh dilakukan
oleh doktor
v Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
v Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
v Pempreskripsi ubat – tablet
tidur, jika perlu.
v Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri.
Hidup dengan gaya hidup yang
sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayana untuk tidur!
|