Red Eyes
KEMERAHAN
MATA

Klik
Untuk Versi Bahasa Inggeris
Mata
menjadi merah apabila salur-salur darah pada lapisan yang menyelaputi bahagian
putih mata (konjunktiva) sesak atau membengkak, yang mengakibatkan lebih banyak
lagi darah mengalir ke bahagian itu dan menjadikannya kelihatan merah.
Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Keadaan-keadaan Umum
Penting
Pengendalian kendiri mata merah yang mudah
Pengguanan ubat-ubat mata
Tabiat-tabiat untuk diikuti
Elakkan
Keadaan-keadaan Umum
v
Konjuktivitis iritasi, kimia atau toksik – Ini disebabkan oleh iritasi dari habuk,
tembakau,
klorin dari kolam mandi, minuman beralkohol yang melampau, pancaran
matahari atau menggosok.
Gejala-gejala
- gatal, pengeluaran air mata dan kadang-kala terasa seperti terdapat pasir.
v
Konjunktivitis Alahan – Disebakan oleh bahan alah di udara, alahan kepada kosmetik,
bulu
dari haiwan peliharaaan dll. Mata
menjadi terlalu sakit/pedih dan gatal serta mula
mengeluarkan air mata. Lazimnya, ia disertai oleh bersin,
terengah-engah dan ruam pada
kulit.
v
Mata yang dijangkiti (Konjunktivitis berjangkit) – Konjunktivitis jenis ini adalah
disebabkan
oleh jangkitan bakteria atau virus. Mata terlekat bersama,
terutamanya apabila bangun
dari tidur di awal pagi. Terdapat
nanah dan rasa pedih dan berpasir. Konjunktivitis jenis ini
boleh merebak kepada
ahli-ahli keluarga dan kenalan-kenalan yang lain.
v
Mata yang kering.
Ini
disebabkan olah kurangnya penghasilan air mata yang mencukupi. Ia
lebih biasa dijumpai pada warga tua dan boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubat
tertentu. Mata yang merah tidak harus diabaikan. Anda harus dirawat. Runding dengan
doktor atau pegawai farmasi anda.
Penting
Oleh
kerana mata merah boleh menjadi tanda amaran untuk penyakit-penyakit mata yang
serius, runding dengan seorang doktor jika mana-mana keadaan yang biasa berlanjutan
melebihi dua hari atau jika terdapat mana-mana di antara gejala-gejala berikut
:-
v
Ketidakselesaan di cahaya terang (fotofobia).
v
Pandangan yang kabur.
v
Kemerahan serta-merta sekeliling iris (bahagian mata yang hitam) berbanding seluruh
bahagian putih pada mata.
v
Sakit .
v
Pengeluaran nanah.
Pengendalian kendiri mata merah yang mudah
v
Rehatkan mata dan elakkan cahaya terang.
v
Masukkan beberapa titisan ubat titis mata untuk melegakan kepedihan atau iritasi
(runding
dengan pegawai farmasi anda).
v
Mata yang kering – jika mata masih kering untuk 3 hari walaupun dengan penggunaan
ubat titis mata selepas berunding dengan pegawai farmasi anda, runding dengan
doktor anda.
Pengguanan ubat-ubat mata
v
Bersihkan mata.
v
Basuh tangan.
v
Dongakkan kepala ke belakang.
v
Tarik kelopak mata ke bawah.
v
Pandang ke atas dan titiskan satu titis. Untuk salap, picitkan lebih kurang 4mm.
Jangan
biarkan bekas menyentuh mata. Letakkan salap pada sudut dalaman mata.
v
Tutup mata secara lembut untuk beberapa minit.
v
Basuh tangan semula.
Tabiat-tabiat untuk diikuti
v
Pakai cermin mata berenang di kolam yang berklorin atau kotor.
v
Pakai cermin mata gelap untuk melindungi dari pancaran matahari yang terang.
v
Gunakan kawasan tidak merokok di restoran-restoran, kapal terbang dan di tempat
kerja.
v
Cuba kenalpasti dan elakkan benda-benda yang menyebabkan alahan.
v
Organisma boleh membiak di dalam produk mata yang terbuka. Jangan gunakan cecair
dan salap yang telahpun dibuka melebihi sebulan, kecuali dinasihat sebaliknya
oleh
pegawai farmasi anda.
Elakkan
v
Menggosok mata anda.
v
Merokok dan bilik yang berisi asap.
v
Menggunakan produk mata yang dipreskripsi untuk orang lain.
v
Pengambilan minuman beralkohol yang melampau
v
Mengabaikan gejala-gejala yang serius.
Jaga
diri anda dan penglihatan anda.
|