|
JERAWAT
JERAWAT

Klik
Untuk Versi Bahasa Inggeris
Jerawat
merupakan penyakit kulit yang paling biasa di kalangan golongan muda dan ia
biasanya bermula apabila baligh. Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka, belakang
badan dan dada. Ia disebabkan oleh perubahan hormon seks. Jerawat biasanya hilang
bila dewasa. Jerawat boleh diminimakan dan parutnya boleh dikurangkan dengan
penjagaan kulit yang rapi.
Jerawat
melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian
hujung folikel rambut. Terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar
sebum oleh sebum (minyak). Bakteria pada penyumbatan itu membiak dan menghasilkan
nanah pada jerawat. Bila penyumbatan sebum itu terdapat dibawah kulit, ia dikenali
sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap
dan dikenali sebagai bintik hitam.
Untuk Informasi
Lanjut, Sila Klik Sini.....
Punca-punca
Peranan Anda
Peranan Doktor Anda
Punca-punca
v Peningkatan
penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada
kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh. v Turun -temurun v Stres v Alam sekeliling
- bekerja di tempat yang berminyak v Ubat-ubat tertentu,
contohnya kortikosteroid v Makanan - Walaupun
tiada bukti yang jelas yang mengatakan bahawa coklat dan
makanan-makanan yang lain boleh menyebabkan jerawat, sesetengah orang mendapati
bahawa makanan-makanan tertentu boleh mengakibatkan jerawat. Elakkan makanan yang
anda dapati boleh menyebabkan jerawat.
Peranan Anda
v Basuh muka and
dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada
awal pagi dan sebelum tidur. v Jangan memicit,
menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda. v Basuh rambut
anda lebih kerap. v Gunakan krim
anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat. v Jika anda menggunakan
kosmetik, gunakan yang
berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak. v Jika jerawat
terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang
ringan dan tidak ketat. v Bersenam selalu. v Elakkkan stres
sebaik yang mungkin. v Amalkan pemakanan
yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan
sayur-sayuran dan buah-buahan. v Elakkan penggunaan
minyak rambut. v Basuh tangan
anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab. v Runding dengan
seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi
dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.
Peranan Doktor Anda
v Mensyorkan ubat
anti jerawat yang bersesuaian. v Mempreskripsi
antibiotik, jika didapati perlu. v Mempreskripsi
tablet Vitamin B kompleks. v Mengelakkan
pemarutan, jika boleh. v Mengelakkan
timbulnya jerawat-jerawat yang baru v Merawat kelemumur
pada kulit kepala.
Untuk mengelak
dari terjadinya parut, jerawat tidak harus disentuh atau dipicit. Kulit haruslah
dipelihara supaya sentiasa bersih, senam selalu dan rehat secukupnya.
|