|
Cirit - Birit
CIRIT-BIRIT

Klik
Untuk Versi Bahasa Inggeris
Cirit-birit bukanlah sejenis
penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami
kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit
biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada
dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang
tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan
maut.
Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Gejala-gejala
Komplikasi
Punca-punca cirit-birit
Punca-punca kronik
Apa yang dapat dilakukan oleh anda
Bayi
Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan
Gejala - gejala
v Peningkatan
kekerapan membuang air besar. v Najis
yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan
abdomen. v Terdapat
angin atau kentut yang melampau. v Kehilangan
selera makan. v Adakalanya
demam. v Adakalanya
terasa mual dan muntah.
v Sakit
otot.
Komplikasi
Komplikasi
yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.
Terdapat
dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v
Kehilangan
5-10% berat badan. v Gelisah
dan mudah tersinggung. v Mata
terbenam. v Ketidakhadiran
air mata. v Mengalami
kekeringan mulut dan lidah. v Dahaga
dan meminum dengan keinginan yang tinggi. v Kulit
kehilangan keanjalannya sedikit.
Pada
dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v Kehilangan
lebih dari 10% berat badan. v Keletihan
dan mungkin hilang sedar. v Mata
adalah terlalu terbenam. v Ketidakhadiran
airmata. v Mulut
dan lidah adalah terlalu kering. v Meminum
hanya sedikit atau tidak meminum langsung. v Kekenyalan
kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil
beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. v Kekurangan
jumlah air kencing.
Punca-punca cirit-birit
v Meminum
air yang tercemar. v Memakan
makanan yang tercemar. v intoleran
makanan, contohnya intoleran laktosa. v Jangkitan
virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan
ameba.
Punca-punca kronik
Apabila cirit
–birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca
kronik seperti :
v Penyakit
gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser. v Selepas
pembedahan – contohnya, gastrektomi. v Penyakit-penyakit
usus.
v Jangkitan
usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-
jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa v Infestasi
usus, contohnya oleh cacing kerawit v Kecacatan
penyerapan v Selepas
pembedahan v Fistula
dalaman v Keadaan
kekurangan zat, contohnya Pelagra v Penyakit
ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis. v Kolonopati
berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau. v Kanser
v Ubat-ubatan
toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
v Penyakit-penyakit
pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
v Penyakit
pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu
dan salur gastrousus.
v
Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary
tract
condition, appendicitis etc.
v Constitutional
diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
v Organic
neurological diseases –e.g. intracranial disease.
Apa
yang dapat dilakukan oleh anda
Cirit-birit
yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh
terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat
dengan segera.
v Minum
banyak air.
v Elakkan
minuman beralkohol, berkafein dan susu.
v Ambil
cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
v Ambil
makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
pisang yang dimasak.
v Elakkan
makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
dihadam.
v Jika
cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat,
runding
dengan doktor anda.
v Ambil
ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
Bayi
v Teruskan
penyusuan bayi.
v Jika
memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi
oral
selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
v Elakkan
penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
v Mantau
keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
v Runding
dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah,
atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir
pada najis.
Apa
yang doktor akan lakukan atau cadangkan
v Memeriksa
dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan
mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll. v Mempreskripsi
ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral. v Antibiotik
biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan
tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan
jangkitan
organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan. v Ingatlah
bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa,
ia
tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi. v Tabiat
kebersihan makanan yang baik. v Cuci
tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum
menyediakan dan mengendalikan makanan. v Basuh
tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas. v Sediakan
makanan di kawasan yang bersih. v Tudungkan
makanan yang telah dimasak. v Jangan
menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang
telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
v Jangan
batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.
|