BUASIR

BUASIR

Buasir

Buasir adalah salur darah yang membonjol dan membesar pada dan sekitar bahagian rektum atau dubur. Buasir boleh terjadi di bahagian dalaman atau luaran bergantung kepada rongga dubur.  Ia dikenali sebagai intero-eksterna apabila kedua-duanya adalah hadir. Buasir luaran diselaputi oleh kulit manakala buasir dalaman diselaputi oleh membran lendir.

Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....

Punca
Faktor Risiko
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Rawatan
Jika Anda Ada Buasir
Kebersihan Peribadi
Bila Harus Berjumpa Dengan Doktor

Punca

Buasir terjadi kerana kelemahan pada dinding salur darah dan kelemahan pada injap-injap pada salur darah vena.

Faktor Risiko

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-

v Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
v Mengandung
v Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan
v Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat
    buasir.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala

v Gumpalan lembut  atau gumpalan-gumpalan  boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
v Perasaan gatal atau pedih di sekitar dubur.
v Pendarahan, darah yang segar terutamanya selepas atau semasa membuang air besar.
v Sakit

Rawatan

v Pelali tempatan untuk melegakan sakit buat sementara.
v Pelincir disapu pada kawasan dubur.
v Pengecut salur darah – ubat-ubat yang mengakibatkan pengecutan salur-salur darah,
    terutamanya buasir yang telah membengkak.
v Astringen – menggumpalkan protein pada kulit dan oleh itu menghasilkan satu tisu
    perlindungan di atas tisu-tisu di bawahnya.
v Bagi buasir yang tergelincir keluar (iaitu buasir menjulur keluar dari dubur), rawatan adalah
    biasanya melalui pembedahan.

Jika Anda Ada Buasir

v Gunakan ubat yang disyorkan oleh doktor anda.
v Jika anda ada buasir dalaman, gunakan suppositori.
v Elakkan sembelit dengan mengambil makanan yang kaya dalam serat seperti sayur-
    sayuran
v dan buah-buahan.
v Minum banyak air.
v Gunakan laksatif yang sederhana, apabila dinasihat oleh doktor anda.
v Bersenam selalu untuk mengelak dari terjadinya sembelit.

Kebersihan Peribadi

v Bersihkan kawasan dubur selepas membuang air besar.
v Cuci dengan memancurkan air suam.
v Jangan gunakan sabun bagi tujuan pembersihan kerana ia akan menyakitkan membran
    mukus yang lembut.
v Tolak masuk buasir yang menjulur keluar dengan lembutnya ke dalam rektum.
v Ambil mandian “sitz” (yang melegakan ketidakselesaan dan kesakitan) menggunakan air
    garam (saline).

Bila Harus Berjumpa Dengan Doktor

v Jika anda mengalami buasir melebihi 3 bulan.
v Pendarahan yang teruk dan berterusan.
v Sakit yang teruk dan tajam  semasa membuang air besar (boleh menunjukkan kehadiran
    kekoyakkkan atau fisur dubur)
v Buasir yang menjulur keluar dan tidak boleh ditolak masuk.
v Pelelehan najis atau lendir

Copyright © 2001, GS Vision Sdn Bhd, Malaysia
All Rights Reserved